Newsletter

Lebih mahal disimpan lama




DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.

Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.

Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.

"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.

Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.

Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.

Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.


KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.

"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan

Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.

Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.


EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.

Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.

Mas kahwin

Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.

Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.

"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.

"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.


Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Sumber dipetik dari Kosmo!

image

Harta Yang Wajib Dizakatkan

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.


DALIL WAJIB ZAKAT

Firman Allah s.w.t:


"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"

(Surah At-Taubah: 34-35)



Sabda Rasulullah s.a.w:


"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".

(Hadis riwayat Abu Hurairah)



KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
sumber :
www.e-zakat.com
image

Buletin Emas

image

Dinar Emas Pun Boleh...

Salam pembaca sekalian, foto ini menunjukkan dinar emas yang dijadikan sebagai mas kahwin.

Saya rasakan ini idea yang terbaik untuk pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka.

image

Jom Join Contest EMASKINI.COM...

Assalamualaikum , salam satu Malaysia , salam sejahtera , apa khabar kepada semua rakyat Malaysia.Bagi mereka yang mengunjungi blog ini , tolong sampaikan salam saya k :) .


Selaku admin EmasKini.Com , saya berbesar hati menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai pertandingan review (mengulas) mengenai EmasKini.Com bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada.Sebagai balasan , saya menyediakan sedikit hadiah sebagai tanda terima kasih.InsyaAllah kalau ada rezeki , hadiah akan ditambah lagi :) .Tanpa sokongan anda semua tidak mungkin EmasKini.Com dapat meneruskan agendanya.

Keterangan Pertandingan.

  1. Anda mestilah ahli berdaftar di EmasKini.Com ( daftar secara percuma ) @ langgan newsletter.
  2. Semua jenis blog di benarkan untuk mengambil bahagian ( platform percuma / berbayar ).
  3. Mesti ada link ke http://www.emaskini.com dalam kandungan review.
  4. Tema adalah bebas yakni anda bebas menulis apa sahaja tentang emas asalkan mengandungi cadangan @ komen untuk emaskini.com.
  5. Maklumkan review anda dengan memasukkan LINK REVIEW yang telah di buat itu di bahagian KOMEN.
  6. Pertandingan bermula hari ini sehingga 31 Mei 2010.
  7. Pertandingan ini sah jika jumlah penyertaan melebihi 45 review.

Hadiah-Hadiah Untuk Review.

Tempat Pertama :
Goldbar atau Dinar.

Tempat Kedua :
PuteriEmas.Com ( akan diubah mengikut tema dan design yang dikehendaki ).

Tempat Ketiga :
1 Dirham.

3 Saguhati :
Rahsia.

Hadiah Ditaja Oleh
BloggerMelayu.Com
EmasKini.Com
AKAN DI KEMASKINI

p/s : Bagi mereka yang ingin menyumbang hadiah bagi pertandingan ini dipersilakan dengan menghubungi admin.Hadiah mungkin meningkat yakni bergantung pada tajaan.Pihak emaskini.com berhak mengubah sebarang perkara berkaitan dengan pertandingan ini.

image

Di Indonesia sudah berurus niaga guna EMAS... Malaysia bila lagi???

[Keratan Akhbar theSun : 18/2/2010]

[Keratan Akhbar KOSMO! : 18/2/2010]


image

Produk Emas Pelaburan Dari Public Gold

Salam pembaca sekalian, di bawah ini saya sertakan beberapa maklumat berkenaan produk emas pelaburan dari Public Gold.


1 Dinar

Jumlah berat:
4.25 gram
Ketulenan emas: 916
Diameter: 18 mm
Ukuran ketebalan: 0.72 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga pada"We Sell"

Harga saya beli semula = Harga pada "We Buy"





===============================================


5 Dinar

Jumlah berat: 21.25 gram
Ketulenan emas: 916
Diameter: 32 mm
Ukuran ketebalan: 1.5 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga pada"We Sell"

Harga saya beli semula = Harga pada "We Buy"





===============================================


10 Dinar

Jumlah berat: 42.5 gram
Ketulenan emas: 916
Diameter: 38 mm
Ukuran ketebalan: 2.18 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga pada"We Sell"
Harga saya beli semula = Harga pada "We Buy"






===============================================


20gram Public Gold Bar


Jumlah berat: 20 gram
Ketulenan emas: 999.9
Ukuran panjang: 25 mm
Ukuran lebar: 16 mm
Ukuran ketebalan: 3 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga "We Sell" + Kos Penghantaran (RM10)

Harga saya beli semula = Harga "We Buy"







===============================================

50gram Public Gold Bar

Jumlah berat: 50 gram
Ketulenan emas: 999.9
Ukuran panjang: 37 mm
Ukuran lebar: 24 mm
Ukuran ketebalan: 3.5 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga "We Sell" + Kos Penghantaran (RM20)

Harga saya beli semula = Harga "We Buy"







===============================================



50gram Public Gold Coin

Jumlah berat: 50 gram
Ketulenan emas: 999.9
Diameter: 38 mm
Ukuran ketebalan: 3 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga "We Sell" + Kos Penghantaran (RM20)

Harga saya beli semula = Harga "We Buy"








===============================================


100gram Public Gold Bar

Jumlah berat: 100 gram
Ketulenan emas: 999.9
Ukuran panjang: 54 mm
Ukuran lebar: 35 mm
Ukuran ketebalan: 3 mm

Untuk harga jualan dan belian sila semak di ruangan sebelah kanan.
Harga saya jual = Harga "We Sell" + Kos Penghantaran (RM30)

Harga saya beli semula = Harga "We Buy"

image